adalah satu
mesin yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja sepertimemotong selari
permukaan sebelah luar atau dalam, menggerudi, memotong benang skru,
melulas,menggerek, memotong tirus, melorek, mencanai, menggilap, dan lain-lain.
Pemotongan dilakukandengan menyuapkan mata alat pemotong ke arah bahan kerja
yang sedang berpusing. Suapan mataalat dilakukan sama ada selari atau bersudut
tepat dengan paksi bahan kerja. Mata alat pemotong boleh juga disuapkan
bersudut dengan paksi bahan kerja seperti dalam kerja pemotongan tirus.
sejarah
Mesin pelarik
telah digunakan sebelum kurun ke-18, nanun mesin pelarik pertama yang
bolehmemotong ulir hanya dicipta pada tahun 1797 oleh seorang mekanik Inggeris
bernama HenryMaudslay. Mesin ciptaan beliau telah banyak digunakan dalam
pembinaan enjin stim kereta apirekaan James Watt pada awal kurun ke-19 iaitu
pada zaman revolusi industri England.sejak darimasa itu mesin ini telah
diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan supaya dapatmengeluarkan
komponen-komponen dengan tepat dan persis. Di Malaysia mesin ini amat
popular sehingga setiap bengkel kejuruteraan mempunyai sekurang-kurangnya
sebuah mesin.
No comments:
Post a Comment